Rabu, 8 Mei 2013

BAHAGIAN C
Tulis LIMA nilai berdasarkan petikan yang diberi. Sila emelkan jawapan anda kepada saya.

Petikan 1

Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan  bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful  mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

Petikan 2


Pergi ke  pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli  si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.
                 Dayung sampan ke Tasik Cini ,
                 Peluh mengalir nampak di dahi;
                  Perkara baik kita teladani,
                 Yang buruk kita jauhi.
Nanas ditanam di tepi paya,
Lalu  dijual di pinggir  kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.
                Bunga kiambang sungguh menawan,
                 Kembang mekar  di pagi hari;
                 Kalau dapat mengapai  awan,
                 Jangan pula meninggi diri.
 Buah labu si buah kundur,
 Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.

Isnin, 1 April 2013

Pengajaran & Pembelajaran BM Tahun 4



Sila dengar dan hayati apa yang diperkatakan di dalam video ini. Kemudian, sila buat simulasi tentang suasana di pasar malam atau pasar tani.

Anda perlu melakonkan watak sebagai seorang:
1. Penjual ayam.
2. Penjual ikan
3. Penjual Sayur
4. Penjual Daging

Khamis, 21 Februari 2013


Karangan jenis Autobiografi diambil dari http://karangancontoh.blogspot.com/


Aku Sepasang Baju Kurung
     
       Aku ialah sepasang   baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
     
     Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ. Pada badan kami diletakkan tanda harga .
    
     Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .

     Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .

     Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku  itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

     Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya  walaupun warnaku sudah pudar .